Laman Rasmi Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ)

Friday, December 10, 2010

Status Terkini Borang Bantuan Umum MAIS




ALHAMDULILLAH, 8 hb dis 2010, kesemua borang permohonan bantuan umum pelajaran MAIS dari rakan2 yang mulia, telah diterbangkan ke Malaysia, langsung ke MAIS. Senarai nama kesemua pemohon adalah seperti yang akan saya lampirkan.

Setelah saya semak2 borang permohonan ini, kebanyakan kesalahan yg saya dapati adalah seperti berikut :

1. Tidak ada surat permohonan

2. Surat permohonan ditulis macam main2 je. ( ade jugak yg gune tulisan ‘comic sans’. Mmg terbaek.)

3. Maklumat Pengajian sendiri x lengkap (kos,tahun,pengkhususan).

4. Ruangan “Pengakuan pemohon” x diisi n tidak ditanda tangan.

5. Salah menggunakan borang (bukan borang bantuan umum). Jadi kami keliru, tentang bantuan apa yang dipohon.

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar, amalkan tashih, dan sampaikan pada rakan2 kita di masa hadapan.

Selain itu, rakan2 yang dimuliakan, saya meminta izin kalian semua :

1. Tanda tangan bagi pihak kalian bagi mereka yang terlupa untuk tandatangan di ruangan “Pengakuan Pemohon”(seramai 11 orang). Insyaallah, tandatangan tersebut walaupun tidak mirip 100% dengan tandatangan kalian, namun syibih2 itu tetap ada.

2. Mengisi bagi pihak kalian, di ruangan maklumat umum seperti alamat universiti dan pengkhususan. (seramai 7 orang).

Kepada rakan2 yang menghantar borang permohonan tanpa dokumen2 yang dikehendaki,terutamanya mantiqah Irbid, bolehlah minta ibu bapa atau waris yang boleh dihubungi untuk menghantar dokumen tersebut kepada pegawai yang berkenaan di :

BAHAGIAN BANTUAN UMUM PELAJARAN

JABATAN AGIHAN DAN PEMBANGUNAN UMMAH

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

ARAS 9 & 10,MENARA SELATAN, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,

PERSIARAN MASJID,40000 SHAH ALAM SELANGOR.

TEL : 0355227700

Dan nyatakan permohonan dilakukan melalui “BKASJ”, bagi memudahkan mereka mencari semula borang permohonan anda.

Seterusnya, dalam tempoh sebulan dari sekarang, diharapkan rakan2 yang mulia, dapat ‘follow up’ status permohonan kalian dengan pihak MAIS. Hubungi MAIS di talian 0355227700 dan minta disambungkan ke Bahagian Bantuan Umum Pelajaran Jabatan Agihan dan Pembangunan Ummah, dan ceritakan kisah permohonan anda kepada pegawai yang berkenaan.

Sebarang soalan yang ingin dilanjutkan, boleh hubungi

Amirul Hafiz-0779186513

Amal Basyirah- 0777289504

Sekian, wassalam.

0 comments:

Post a Comment